SALAM MAAL HIJRAH 1448H
“Maju Johor Dihayati, Ummah Diberkati”
Sempena Maal Hijrah 1448H, marilah kita menghayati semangat hijrah dengan memperbaharui azam, memperkukuh iman dan melangkah ke arah kehidupan yang lebih baik serta diberkati Allah SWT.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sempena kedatangan tahun baharu 1448 Hijrah ini, kami memohon keampunan atas segala dosa dan kekhilafan yang lalu. Kurniakanlah kepada kami hati yang sentiasa bersyukur, iman yang teguh, akhlak yang mulia serta kekuatan untuk terus istiqamah dalam melaksanakan perintah-Mu dan menjauhi larangan-Mu.
Ya Allah, limpahkanlah rahmat, keberkatan dan petunjuk-Mu kepada kami, keluarga kami, para pemimpin kami serta seluruh umat Islam. Kurniakanlah kesihatan yang baik, rezeki yang halal lagi berkat, ketenangan jiwa dan kemudahan dalam setiap urusan.
Ya Allah, peliharalah negeri Johor Darul Ta’zim dan negara kami daripada segala musibah dan perpecahan. Satukanlah hati-hati kami dalam kebaikan serta jadikanlah kami dalam kalangan hamba-Mu yang sentiasa membawa manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
