MAINJ HARGAI SUMBANGAN MAJIKAN BAHARU DAN AMIL FITRAH

posted in: Zakat | 0

JOHOR BAHRU, 23 Julai – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menganjurkan Majlis Apresiasi Majikan Baharu dan Amil Fitrah 2026 sebagai penghargaan kepada majikan serta amil yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengurusan zakat di Negeri Johor.

Majlis tersebut meraikan 10 majikan baharu yang menyertai Skim Potongan Gaji Bulanan Zakat Pendapatan, selain mengiktiraf 61 Amil Fitrah yang memanfaatkan Sistem Pembayaran Zakat Fitrah melalui QR Bank Islam. Insentif berjumlah RM56,500 turut disampaikan kepada amil yang layak sebagai penghargaan atas komitmen mereka.

Pada majlis yang sama, MAINJ turut menyampaikan bantuan zakat berjumlah RM171,280 kepada tiga penerima, melibatkan dua penerima Bantuan Hemodialisis dan seorang penerima Bantuan Bina Baharu Rumah.

#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin