PHNOM PENH, 29 Julai – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengadakan lawatan rasmi ke Kementerian Kultus dan Agama Kemboja bagi memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan hal ehwal Islam.
Delegasi MAINJ diketuai Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Radzi Haji Mohd Amin, bersama Ahli Majlis MAINJ, YBhg. Dato’ Haji Ikbal Haji Salam dan Tuan Haji Ramly Haji Jusoh. Turut serta wakil daripada Yayasan Restu.
Ketibaan delegasi disambut oleh Timbalan Menteri Kementerian Kultus dan Agama Kemboja, H.E. Dr. Yob Ahskary (Asyary bin Aiyob) bersama barisan pegawai kementerian.
Pertemuan tersebut menjadi platform kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai pengurusan hal ehwal Islam serta membincangkan potensi kerjasama dalam bidang pendidikan, kebajikan dan pembangunan masyarakat Islam.
#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin





