SEMINAR ZAKAT EMAS

posted in: Zakat | 0

Alhamdulillah, dengan kerjasama HELWA Masjid Ar-Rahman, Taman Putri, Kulai, telah berlangsung Seminar Zakat Emas yang bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai pengurusan harta menurut syariat Islam, meliputi kewajipan zakat emas, pengurusan pusaka serta skim agihan zakat yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Antara pengisian seminar ialah:

1. Taklimat Zakat Emas

Disampaikan oleh Dr. Mohd Firdaus bin Abdul Hamid, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Johor Bahru.

2. Pengurusan Pusaka

Disampaikan oleh Ustaz Saiful Anuar bin Moideen, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Daerah Kulai.

3. Skim Agihan Zakat MAINJ

Disampaikan oleh Ustazah Nor Faiszah binti Daniel, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Kulai.

Majlis disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shafie bin Mustapha, Penolong Pengarah Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Masjid Ar-Rahman serta HELWA atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan seminar ini.

Semoga perkongsian ilmu yang disampaikan memberi manfaat kepada para peserta serta meningkatkan kesedaran dalam mengurus harta, menunaikan zakat dan merancang pewarisan harta mengikut syariat Islam.

#amazingmainj

#mainjprihatin