SEMARAK SUBUH PERDANA: RM584,185.67 ZAKAT PERNIAGAAN DITUNAIKAN

posted in: Zakat | 0

Alhamdulillah, Majlis Serahan Zakat Perniagaan berlangsung sempena Semarak Subuh Perdana di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.

Dua syarikat menunaikan zakat perniagaan dengan jumlah keseluruhan RM584,185.67, iaitu:

1. Kedai Emas De Aurora

RM300,000.00

Diserah oleh Penasihat Kedai Emas De Aurora, Tuan Haji Lokman Md Hani.

2. Kumpulan WoodFire Burger

RM284,185.67

Diserah oleh Pengurus Besar Kumpulan WoodFire Burger, Tuan Mohd Firdaus Hassan.

Zakat perniagaan tersebut telah diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, YB Dato’ Haji Mohd Radzi Haji Mohd Amin dan disaksikan oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Haji Mohd Mohd Fared Mohd Khalid, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, YB Tuan Anuar Abd Manap serta Mufti Johor, Sahibus Samahah YB Dato’ Haji Yahya Haji Ahmad.

Semoga sumbangan zakat yang ditunaikan terus menjadi asbab keberkatan dalam perniagaan serta memberi manfaat kepada golongan asnaf di negeri Johor.

Zakat Ditunaikan, Keberkatan Dikongsi.

#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin

https://www.facebook.com/share/p/1DYWybjVWR