SEPANG, 8 September 2026 – Seramai 58 pelajar Johor berangkat ke Mesir hari ini bagi melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar. Para pelajar berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki penerbangan Qatar Airways.
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) turut diwakili Pegawai MAINJ, Ustaz Mohamad Syazwan Othman dan Ustaz Mazhar Al Haqeem Mazlan bagi menyantuni serta mengucapkan selamat jalan kepada para pelajar.
MAINJ mendoakan agar kesemua pelajar dipermudahkan segala urusan, diberikan keselamatan serta mencapai kecemerlangan sepanjang menuntut ilmu di bumi Mesir.
#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin
