Alhamdulillah, seramai 58 pelajar Johor telah selamat tiba di bumi Mesir kira-kira jam 2.00 pagi tadi waktu Malaysia bagi meneruskan pengajian di Universiti Al-Azhar.
Pelajar di sambut oleh Atase Pendidikan Johor Mesir Ustaz Firdaus bin Omar & Persatuan Pelajar Johor Mesir PPJM.
Semoga segala urusan dipermudahkan, dikurniakan kesihatan dan keselamatan serta diberikan kejayaan dan kecemerlangan sepanjang tempoh pengajian.
Selamat menuntut ilmu dan semoga terus cemerlang membawa nama Johor. Terima kasih Pembayar Zakat, alhamdulillah manfaat zakat anda sampai kepada mereka semua.
#AmazingMAINJ#MAINJprihatin
