MAJLIS PENYERAHAN BENDERA MAINJ SEMPENA KEJOHANAN SUKAN AMZ BERKAT CUP 2026

posted in: Umum | 0

Majlis penyerahan bendera kontinjen Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) kepada Chef de Mission telah berlangsung sempena penyertaan MAINJ dalam Kejohanan Sukan AMZ Berkat Cup 2026.

Majlis tersebut diadakan di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Pusat Islam Iskandar, Johor, sebagai simbolik penyerahan amanah serta pembakar semangat kepada kontinjen MAINJ yang bakal membawa cabaran dalam kejohanan berkenaan.

Semoga seluruh kontinjen MAINJ dapat mempamerkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan memberikan aksi terbaik sepanjang kejohanan.

#AmazingMAINJ#MainjPrihatin