Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) membuka permohonan Skim Bantuan Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Dalam Negara Tahun 2026 – Semester Pertama kepada pelajar yang memenuhi syarat kelayakan.
Kadar bantuan:
Anak Asnaf – RM500 (Sijil/Asasi/Matrikulasi), RM1,000 (Diploma) dan RM1,500 (Ijazah Sarjana Muda)
Pelajar KUIJSI – RM1,000
Kategori Umum – RM500
Tempoh permohonan:
15 September hingga 15 Oktober 2026
Antara syarat utama ialah pemohon beragama Islam, anak kelahiran Johor dan menetap di Negeri Johor, telah menerima surat tawaran ke IPT tempatan serta mendaftar bagi semester pertama sahaja.
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman ePayment MAINJ – https://epayment.maij.gov.my
#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin
