400 CALON SERTAI UKJK BAGI PENGAMBILAN JAWATAN KOSONG MAINJ

posted in: Umum | 0

JOHOR BAHRU, 5 Oktober 2026 – Seramai 400 calon menyertai Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) sebagai sebahagian daripada proses pemilihan dan pengambilan jawatan kosong di Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Ujian yang berlangsung selama dua hari, pada 5 dan 6 Oktober 2026 di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru, merupakan antara peringkat tapisan dalam proses pengambilan jawatan kosong MAINJ. Menerusi ujian ini, tahap kecergasan fizikal, ketahanan dan keupayaan setiap calon dinilai bagi memastikan mereka memenuhi kriteria yang ditetapkan sebelum melangkah ke peringkat pemilihan seterusnya.

Program dirasmikan oleh Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor merangkap Ahli Jawatankuasa Pelantikan MAINJ, Tuan Haji Ramly Jusoh.

Turut hadir, Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Mohd Sopian Abd Latip.

Pelaksanaan UKJK merupakan salah satu usaha MAINJ dalam memastikan proses pengambilan dilaksanakan secara teratur dan menyeluruh, termasuk mengambil kira tahap kecergasan fizikal calon agar bersesuaian dengan keperluan serta skop tugas jawatan yang ditawarkan.

MAINJ merakamkan penghargaan dan mengucapkan syabas kepada semua calon yang menyertai ujian ini.

Semoga berjaya kepada semua calon yang bakal melangkah ke peringkat tapisan seterusnya.

#AmazingMAINJ#MAINJprihatin

https://www.facebook.com/share/14oRSBdMTTo/?mibextid=wwXIfr