JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) meneruskan usaha meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kewajipan berzakat menerusi Tazkirah Maghrib Khas “Zakat: Tunaikan Hak, Jemput Berkat” yang berlangsung di Masjid Jamek Bandar Baru UDA.
Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Dr. Mohd Rilizam Rosli yang mengupas kepentingan menunaikan zakat sebagai satu kewajipan dalam menyempurnakan hak golongan yang berhak, di samping menjadi jalan meraih keberkatan dalam kehidupan.
Turut hadir Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor merangkap Pengerusi Masjid Jamek Bandar Baru UDA, Tuan Haji Md. Burhanuddin Haji Tibek.
Program turut diserikan dengan penyerahan Kotak Rezeki kepada golongan asnaf serta sumbangan sebanyak RM2,000 kepada Masjid Jamek Bandar Baru UDA sebagai sebahagian daripada usaha menyokong kebajikan dan pengimarahan masjid.
Dalam masa yang sama, McDonald’s Bandar Baru UDA di bawah Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd. turut menyantuni para jemaah dengan menaja sebanyak 500 pek jamuan sempena program berkenaan.
Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Perunding Operasi Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd., Reduan Mahad, bersama Eksekutif Zakat MAINJ, Johari Abd Rahim.
MAINJ turut membuka kaunter zakat dan wakaf bagi memudahkan para jemaah mendapatkan penerangan serta melaksanakan urusan berkaitan zakat dan wakaf secara terus.
#AmazingMAINJ
#MAINJprihatin
https://www.facebook.com/share/19dKqXvFrG/?mibextid=wwXIfr





