SEGAMAT, 11 Oktober 2026 β Program Street Dakwah Saham Wakaf Johor anjuran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Daerah Segamat berjaya mengumpul kutipan wakaf sebanyak RM13,600 dan menarik kira-kira 400 pengunjung sepanjang dua hari penganjurannya di FELDA Pemanis 2.
Hari kedua program diteruskan dengan pelbagai pengisian kerohanian, aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Antara pengisian utama ialah aktiviti ziarah kebajikan ke dua buah rumah pewakaf dan dua buah rumah asnaf yang turut disertai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis, YB Tuan Anuar Abd Manap serta Ahli Majlis MAINJ, YB Datoβ Dr. Aman Rabu.
Pengisian kerohanian turut diadakan menerusi program Tahsin al-Fatihah yang dibimbing oleh Ustaz Mohd Lokman Hakim Hairi, selain program Semarak Subuh dan kuliah Subuh yang disampaikan oleh Kadi Daerah Segamat, As-Syeikh Haji Mohd Azhar Samadun.
Pelbagai aktiviti menarik turut memeriahkan program termasuk pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan warga berusia 50 tahun ke atas, pertandingan azan dan bacaan khutbah serta perkhidmatan penukaran minyak hitam motosikal secara percuma.
Program turut diserikan dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada para pewakaf sebagai tanda penghargaan.
https://www.facebook.com/share/1C6n7maeNB/?mibextid=wwXIfr







