PEMANIS BERSELAWAT SEMARAKKAN STREET DAKWAH WAKAF MAINJ DI SEGAMAT

posted in: Wakaf | 0

SEGAMAT, 10 Oktober 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) meneruskan usaha menyemarakkan dakwah dan kesedaran berwakaf untuk masyarakat menerusi program Pemanis Berselawat yang berlangsung di Masjid Nurul Hidayah, Felda Pemanis 2, Segamat.

Program diserikan dengan alunan qasidah, marhaban dan selawat serta ceramah agama yang disampaikan oleh Pemimpin Zawiyah Al-Munawwarah, Al-Fadhil Syeikh Haji Mohd Faizal Ab Rahaman.

Turut hadir, Amin Baitulmal MAINJ Daerah Segamat, Ustaz Khairul Anwar Isnin dan Pengerusi Masjid Nurul Hidayah Felda Pemanis 2, Md Yusari Md Yacob.

Program Street Dakwah Jom Berwakaf berlangsung selama dua hari pada 10 dan 11 Oktober 2026, menampilkan pelbagai pengisian termasuk Seminar Wang Tidak Patuh Syariah, kaunter Saham Wakaf Johor, derma darah, pemeriksaan kesihatan serta ziarah pewakaf dan asnaf.

Pengisian hari kedua pula diteruskan dengan Semarak Subuh, Walk4fund Wakaf, Tahsin Fatihah, Jejak Harta Barakah dan pertandingan mewarna, selain majlis perasmian yang turut merangkumi penyerahan zakat perniagaan Koperasi Felda Pemanis 1 serta penyampaian bantuan MAINJ.

“Orang ramai khususnya masyarakat sekitar Segamat dijemput hadir memeriahkan pengisian hari kedua program pada Ahad, 11 Oktober 2026 di Masjid Nurul Hidayah, Felda Pemanis 2, Segamat.”

Boleh berwakaf di sini juga

www.e-wakafjohor.gov.my

#AmazingMAINJ

#MAINJPrihatin

https://www.facebook.com/share/p/1J9Ye5BvsH/?mibextid=wwXIfr