MAINJ RAI 116 PENERIMA ANUGERAH DAN PENGHARGAAN PRESTASI CEMERLANG TAHUN 2025

posted in: Umum | 0

JOHOR BAHRU, 20 Oktober 2026 – Seramai 116 pegawai dan kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerima pengiktirafan atas kecemerlangan prestasi dan dedikasi mereka dalam perkhidmatan menerusi Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2025.

Daripada jumlah tersebut, seramai 30 pegawai dan kakitangan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), manakala 86 lagi menerima Sijil Penghargaan Prestasi Cemerlang Tahun 2025 setelah memperoleh markah penilaian prestasi tahunan sebanyak 95 peratus dan ke atas.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan MAINJ, Encik Mohd Mackeen Mohd Shafiee.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan mengekalkan kecemerlangan dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Pengiktirafan ini bukan sekadar penghargaan terhadap pencapaian individu, malah menjadi dorongan kepada seluruh warga MAINJ untuk terus meningkatkan prestasi, memperkukuh integriti dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya.

Majlis turut menyaksikan penyampaian Sijil Piawaian Perakaunan Islam bagi Baitulmal, Zakat dan Wakaf serta pengiktirafan kejayaan MAINJ meraih Johan Perbarisan dan Johan Kategori Sepanduk sempena Hari Kebangsaan Malaysia Kali Ke-69 Peringkat Negeri Johor.

Dalam majlis yang sama, MAINJ turut meraikan persaraan Encik Habib bin Abd Rahim dari Majlis Agama Islam Daerah Batu Pahat menerusi Majlis Sejambak Kasih Sejuta Kenangan sebagai tanda penghargaan atas segala jasa, bakti dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan.

#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin