JOHOR BAHRU, 5 November 2026 – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) terus mempergiat usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan berwakaf menerusi Taklimat Saham Wakaf Johor yang melibatkan seramai 80 kakitangan daripada dua organisasi.
Seramai 50 kakitangan Iskandar Regional Development Authority (IRDA) menyertai taklimat yang disampaikan oleh Pegawai MAINJ, Ustaz Firdaus Omar.
Sementara itu, taklimat di Hospital Pontian melibatkan 30 kakitangan dengan penerangan disampaikan oleh Pegawai MAINJ, Ustaz Muhammad Zakwan Bandi.
Kedua-dua sesi taklimat memberi pendedahan mengenai konsep wakaf, kaedah penyertaan Saham Wakaf Johor serta manfaatnya dalam pembangunan sosioekonomi dan kesejahteraan ummah.






