Ziarah keluarga mangsa Covid

posted in: Asnaf, Bantuan | 0

Allah jemput ibu bapa mereka terlebih dahulu, meninggal dunia asbab Covid-19, Allahuakbar, hilang tempat bergantung mereka 4 beradik. Sayu sangat tengok muka semua, masih sedih, yang kecil baru berusia 7 tahun.

Mereka masih duduk di rumah peninggalan ibu, bapa mereka. Syukur, buat masa ini pakcik dan makcik mereka datang jaga, bantu beri semangat pada semua, sayang sangat mereka pada anak-anak saudaranya, jaga macam anak sendiri.

Kami datang ziarah, kongsi sedih, beri sedikit kata semangat. Sebelum balik kami beri wang tunai dan sedikit keperluan asas. Moga anak-anak terus sabar, redha, jadi anak-anak yang soleh dan solehah serta berjaya dunia dan akhirat.

Terima kasih kepada Yayasan Pembangunan Keluarga dan Yayasan Penyayang MBIP, hadir sama bagi melihat keperluan anak-anak ini, syukur semua prihatin.

TERIMA KASIH PEMBAYAR ZAKAT
#MainjPrihatin
#KamiAda