Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor setelah disahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, telah menetapkan kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1442H bersamaan 2021M pada dua kadar harga RM 7.00 (Tujuh Ringgit Sahaja) dan RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja).

i. RM 7.00

Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras daripada jenis Super Tempatan.

ii. RM 10.00

Umat Islam di negeri Johor yang menjadikan makanan hariannya beras selain daripada jenis Super Tempatan (Beras Import) seperti Beras Wangi, Beras Basmathi dan lain-lain.

Bagi memenuhi keperluan masyarakat menunaikan ibadah zakat fitrah di dalam bulan Ramadan termasuk dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), MAINJ telah menetapkan kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

  1. Bayaran zakat fitrah melalui atas talian (Online) :
    • Zakat Johor Online Payment
      https://epayment.maij.gov.my/
    • Fastpay
      https://fitrah.maij.gov.my/
    • Muat turun Aplikasi Tulus
      https://tulus.my/
    • Makluman:Proses bayaran bermula jam 8.00 malam 1 Ramadan 1442H (12 April 2021M) sehingga
      jam 9.00 pagi 1 Syawal 1442H (13 Mei 2021M)
    • Sistem akan ditutup setiap hari jam 11.30 malam sehingga 12.30 pagi bagi kerja penyelenggaraan sistem
  2. Amil Zakat Fitrah
    Amil yang telah dilantik dan diberi tauliah bagi menjalankan tugas memungut fitrah di seluruh negeri Johor.
  3. Kaunter-kaunter Zakat MAINJ
    Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat di semua kaunter MAINJ di setiap daerah.
    Waktu Urusan Kaunter :
    (Ahad – Rabu, 8.00 pagi – 4.00 petang)
    (Khamis, 8.00 pagi – 3.00 petang)