Tajuk : MAIJ bantu Keluarga 11 orang anak

JOHOR BAHRU- Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menyalurkan bantuan kewangan sebanyak RM500 sebulan serta bantuan kelengkapan persekolahan berupa pakaian sekolah, buku-buku dan yuran sebanyak RM2,400 kepada keluaraga Mohd Jeeva Abdullah,44, bagi  menampung perbelanjaan harian keluarga beliau.

Mohd Jeeva sekeluarga memeluk Islam pada Oktober 2009 di Pejabat Agama Daerah Johor Bahru dan bekerja sebagai storekeeper  di daerah ini dengan pendapatan RM500 sebulan untuk menampung isteri serta 11 orang anaknya yang menetap di Kampung Sungai Plentong Johor Bahru.

Penolong Pengarah Unit Ukhuwah, Puan Hajah Maimunah Othman, berkata pihaknya telah mengunjungi kediaman Mohd Jeeva untuk meninjau situasi sebenar kepayahan hidup yang dialaminya. Bantuan MAIJ disalurkan membolehkan beliau menampung perbelanjaan harian dan meneruskan sesi persekolahan anaknya.

Menurutnya, kelulusan bantuan kewangan setiap bulan dan bantuan persekolahan dari MAIJ dapat membantu meringankan beban beliau sekeluarga bagi meruskan kehidupan seharian.

“Umat Islam di negara ini perlu sedar akan kepentingan berzakat bagi membantu mereka yang memerlukan” katanya.

SERAH… Puan Hajah Maimunah Othman menyerahkan bantuan bulanan sebanyak RM500 dan bantuan persekolahan sebanyak RM2,400 kepada Mohd Jeeva Abdullah di Pejabat Agama Bahagian Dakwah, Johor Bahru baru-baru ini.