• Kadar
  • Pengumuman
  • Aktiviti
  • Umum
  • Saham Wakaf
KADAR NISAB ZAKAT SEMASA TERKINI : RM 14,132.06
* Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas.
* Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat.
Majlis Agama Islam Negeri Johor mengucapkan jutaan terima kasih kepada pembayar zakat di Negeri Johor
atas penyempurnaan zakat harta dan fitrah yang telah ditunaikan sepanjang tahun 2011

Semoga keikhlasan iman yang ditunaikan akan sentiasa memperoleh
keberkatan, keredhaan dan kelimpahan rezeki dari Allah S.W.T.

Aktiviti
Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Johor Tahun 1433H/2012
5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiul Awal 1433H ( Ahad )
di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Muar, Johor

e-Debit
Perkhidmatan pembayaran zakat di kaunter MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAIJ) telah dipertingkatkan lagi
dengan menyediakan kemudahan pembayaran melalui e-Debit kepada para pembayar yang ingin membuat pembayaran zakat.

Melalui kaedah ini, pembayar tidak perlu membawa wang tunai sebaliknya hanya menggunakan kad ATM (MEPS)
bagi bank yang berdaftar di Malaysia untuk membuat pembayaran zakat.

Saham Wakaf Johor (e-wakaf)
Daftar & Beli Saham..
Pengguna kini boleh menggunakan sistem pengurusan pembelian saham wakaf yang bernilai RM10 seunit.
Sila ke Sistem Saham Wakaf Negeri Johor