|
ZAKAT
PENDAPATAN
Gaji
/ Pendapatan
Gaji ialah bayaran yang dibuat atau diterima oleh seseorang sebagai upah
kerja atau perkhidmatan yang dilakukan mengikut masa tertentu termasuk
juga elaun dan imbuhan daripada apa-apa pekerjaan dan perkhidmatan profesional.
Kaedah
pengiraan Zakat Pendapatan
Iaitu pendapatan kasar setahun semasa ditolak dengan keperluan asas sebenar
pada tahun semasa. Kiranya sama atau melebihi nisab maka dikeluarkan zakatnya
2.5%.
Keperluan
asas sebenar pada tahun semasa :
1. Saraan-saraan
hidup yang diperlukan bagi :
a. Sara diri
- RM 8,000.00
b. Isteri - RM 3,000.00 x Bilangan isteri
c. Anak - RM 1,000.00 x Bilangan anak
d. Mereka yang dibawah tanggungannya.
2. Perubatan
3. Pendidikan
Contoh pengiraan
A. Pendapatan
| Gaji |
RM
36,000.00 |
| Elaun
|
RM 6,200.00
|
| Bonus
|
RM 4,000.00 |
| Jumlah
pendapatan Setahun |
RM 46, 200.00 |
| |
|
| B.Perbelanjaan |
|
| Penolakan |
|
| Saraan
diri |
RM 8,000.00 |
| Isteri
|
RM 3,000.00 |
| Anak
RM 1,000.00 x 4 orang |
RM 4,000.00 |
Saraan
ibu dan bapa RM200.00 x 12 bulan |
RM 2,400.00 |
| Perubatan
anak RM200.00 x 12 bulan |
RM 2,400.00 |
| Jumlah
penolakan setahun |
RM
19,800.00 |
| Pendapatan
(A) - Perbelanjaan (B) |
RM 26,400.00 |
| Zakat
= RM 26,400.00 x 2.5% |
RM 660.00
(setahun) |
| |
RM 55.00
(sebulan) |
* Bayaran
zakat pendapatan juga boleh dibuat tanpa membuat tolakan daripada tolakan-tolakan
yang dibenarkan di atas.
|