|
ZAKAT
GALIAN / RIKAZ
Galian
- hasil galian emas dan perak yang tertanam di dalam perut bumi.
Rikaz - Rikaz ialah harta kekayaan yang dijumpai tertanam di dalam tanah
hasil simpanan orang-orang jahiliah (sebelum kedatangan Islam)
Nisab Galian Dan waktu mengeluarkannya
Nisabnya seperti nisab emas dan perak iaitu 85 gram bagi emas dan 595
bagi perak. Tidak disyaratkan haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas
diperolehi dan dibersihkan tanpa diproses. Wajib mengeluarkan 2.5% daripada
jumlah keseluruhannya yang cukup syarat.
Syarat wajib Zakat Rikaz
Syarat mengeluarkan zakat rikaz ialah beragama Islam, merdeka dan sempurna
milik. Nisabnya tidak sama dengan nisab emas dan perak dan tidak disyaratkan
haul bahkan wajib dikeluarkan segera selepas diperolehi pada kadar 1/5
atau 20% daripada jumlah kesemua yang diperolehi.
|