| ZAKAT
PERNIAGAAN
Iaitu
dikeluarkan hasil daripada perniagaan sama ada dalam bentuk perniagaan
persendirian, perkongsian, syarikat, koperasi atau saham.
-
Termasuk
di dalam pengertian perniagaan ialah sebarang perusahaan yang bersifat
untung dan rugi.
-
Selain
daripada 5 syarat wajib zakat, hendaklah :
- Mempunyai niat berniaga
- Perniagaan yang halal
Harta
perniagaan yang dikira dalam penentuan zakat
- Barang
perniagaan (stok akhir dinilai mengikut harga jualan semasa)
- Wang
tunai di tangan
- Wang
tunai di bank
- Hutang
niaga yang timbul daripada jualan secara kredit dan dijamin dibayar
semula
- Pelaburan
dari hasil perniagaan (jangka pendek)
Kadar
Nisab
- Menyamai
nilai semasa 85 gram emas.
Kadar
Wajib
- 2.5
% atau 1/40 daripada
harta perniagaan yang cukup nisab
Pengiraan
Zakat
Kaedah pengiraan Zakat Perniagaan adah berdasarkan kepada penyata kunci
kira-kira syarikat bagi sesuatu tahun kewangan. Terdapat 2 pendekatan
berbeza yang boleh digunakan, namun ianya berasaskan kepada persamaan
perakaunan yang seimbang iaitu:
Modal
kerja
Aset/Harta semasa - liabiliti / tanggungan semasa +/- Pelarasan |
Modal
Berkembang
Ekuiti Pemilik + liabilit jangka panjang - aset tetap - aset separuh
tetap +/- Pelarasan |
Kedua-dua
model tersebut akan memberikan jawapan yang sama berdasarkan kepada persamaan
perakaunan. Walaubagaimanapun sebelum taksiran dibuat, beberapa item perlu
diselaraskan/penyesuaian dengan merujuk kepada perincian fiqah zakat.
|