|
ZAKAT
WANG SIMPANAN
Wang
yang disimpan dalam bentuk simpanan biasa, tetap, semasa, saham, amanah
serta lain-lain simpanan
Nisab Wang Simpanan
Menyamai nilai semasa 85 gram emas.
Jika harga 1 gram emas ialah RM35.29, maka harga bagi 85 gram emas ialah
RM3,000.00 iaitu jumlah nisab wang simpanan.
Kadar Wajib Zakat
1/40 atau 2.5% dari jumlah wang. Jika mempunyai wang
simpanan sebanyak RM 10,000.00, zakat yang wajib dikeluarkan ialah RM10,000.00
X 2.5% = RM 250.00
Pengiraan
simpanan tidak tetap (keluar
& masuk)
-
Berdasarkan
baki terendah sesuatu akaun simpanan dalam tempoh setahun dan mencukupi
nisab di sepanjang tempoh haul
-
Pemilik
beberapa akaun simpanan, baki terendah setiap akaun hendaklah dicampurkan
dan didarab dengan 2.5% untuk mendapatkan jumlah zakat walaupun jika
dikira tiap-tiap akaun atau salah satu daripada baki terendahnya tidak
mencukupi nisab.
-
Jika
dicampur kedua-dua baki terendah masih tidak mencukupi nisab, maka
tidak wajib zakat.
contoh 1: Simpanan dalam satu akaun
Tarikh |
Masuk/Dividen |
Keluar |
Baki |
1/1/2005 |
2,000.00 |
|
2,000.00 |
5/3/2005 |
8,000.00 |
|
10,000.00 |
25/10/2005 |
(faedah)
150.00 |
4,500.00 |
5,650.00 |
15/3/2006 |
500.00 |
|
6,150.00 |
10/4/2006 |
|
250.00 |
5,900.00 |
-
Tempoh
haul bermula apabila nilai baki mencapai paras nisab iaitu pada 5
mac 2005 - 15 mac 2006 (tempoh 354 hari @ setahun Hijrah)
-
Zakat
yang Wajib dikeluarkan ialah (baki terendah dalam tempoh haul ditolak
faedah bank yang diterima) RM5,650.00 - RM150.00 (faedah) x 2.5% =
RM137.50 (diandaikan kadar nisab ialah pada RM5,300.00)
contoh
2: Simpanan dalam beberapa akaun
Akaun
1 |
Tarikh |
Masuk/Dividen |
Keluar |
Baki |
2/3/2005 |
|
|
7,000.00 |
28/72005 |
|
500.00 |
6,500.00 |
30/12/2005 |
300.00 |
|
6,800.00 |
15/3/2006 |
6,400.00 |
400.00 |
12,800.00 |
2/4/2006 |
2,000.00 |
|
14,800.00 |
Akaun
2 |
Tarikh |
Masuk
/ Dividen |
Keluar |
Baki |
1/3/2005 |
7,500.00 |
|
7,500.00 |
28/11/2005 |
|
4,500.00 |
3,000.00 |
25/3/2006 |
1,500.00 |
|
4,500.00 |
20/4/2006 |
100.00 |
|
4,600.00 |
-
Tempoh
haul bermula pada 1 mac 2005
-
Zakat
yang wajib dikeluarkan ialah (Jumlah Baki terendah dalam kedua-dua
akaun x 2.5%) : RM6,500.00 + RM 3,000.00) x 2.5% = RM237.50
Pengiraan Simpanan
tetap (fixed deposite)
- Simpanan
yang tidak dikeluarkan daripada sesuatu akaun dalam tempoh tertentu
mengikut perjanjian yang dibuat antara penyimpan dan institusi kewangan
- Wajib
dikeluarkan 2.5% daripada jumlah simpanan tetap tersebut setelah sempurna
syaratnya.
- Contoh
pengiraan : ahmad mempunyai simpanan tetap di Bank A sebanyak RM 50,000.00
tanpa dikeluarkan selama setahun. Zakat ialah RM 50,000.00 x
2.5% = RM1,250.00
|