|
ZAKAT
PERTANIAN
( Buah-buahan & Bijiran )
Bijiran
ialah hasil tanaman yang menjadi makanan utama sesebuah negeri, mengenyangkan
dan tahan lama seperti padi, gandum, jagung, sekoi, kacang dan seumpamanya.
- Buah-buahan
ialah kurma dan anggur yang dikeringkan sahaja.
- Bagi
Negara Malaysia, bijiran yang lazimnya ditanam dan dikeluarkan zakat
ialah padi
- Hasil
pertanian seperti kelapa, kelapa sawit, kopi, sayur-sayuran dan sebagainya
tidak dikenakan zakat kecuali jika diperniagakan ia dikenakan zakat
perniagaan.
- Tidak
disyaratkan sempurna haul. Sebagai syarat tambahan hendaklah ianya ditanam
oleh manusia.
Nisab
bijiran dan buah-buahan
5 usuk iaitu bersamaan 363 gantang Malaysia atau 816.75 kilogram.
1 Tahil = 37.5g
1 Kati = 600g = 16 tahil
1 Gantang = 3 kati 12 tahil = 2.25kg
Waktu berzakat
Dikeluarkan zakat setelah tanaman tersebut dipetik/dituai dan
diproses. Sebagai contoh padi hendaklah diceraikan dari tangkainya dan
dijemur.
Kadar wajib zakat
- 5% atau 1/20 bagi tanaman yang diusahakan menggunakan keperluan
dan kos seperti jentera dan saliran.
- 10% atau 1/10 bagi tanaman yang diusahakan dengan bergantung kepada
jirusan air hujan atau yang hidup dengan aliran air sungai semata-mata.
|