KULAI, 1 Ogos – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerusi Bahagian Wakaf bersama MAINJ Daerah Kulai menganjurkan Program Street Dakwah di Kampung Air Manis, di sini. pelbagai aktiviti dakwah, kebajikan dan khidmat komuniti di jalankan.
Program disempurnakan oleh Ahli Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tuan Haji Ramly Jusoh, yang turut menyantuni penduduk serta meninjau pelaksanaan aktiviti sepanjang program berlangsung. Turut hadir, Amin Baitulmal Daerah Kulai, Ustazah Faiszah Mohd Danial serta Penolong Pengarah Wakaf MAINJ, Ustaz Nur Asraf Hashim.
Antara pengisian menarik, ziarah kepada tiga (3) keluarga asnaf dan empat (4) pewakaf, selain penyediaan pelbagai perkhidmatan kepada masyarakat seperti penukaran minyak hitam motosikal secara percuma, Klinik Kesihatan Waqaf An-Nur, gunting rambut percuma serta Kaunter Kutipan Wakaf.
Bagi memeriahkan program, turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan memasak dan cabutan bertuah melibatkan 20 pemenang, yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.
Sepanjang penganjuran program selama dua hari, Kaunter Kutipan Wakaf MAINJ berjaya merekodkan kutipan sebanyak RM14,500, Sehubungan itu, MAINJ mengalu-alukan cadangan daripada masjid, surau, kampung, taman perumahan, institusi pendidikan, pertubuhan serta komuniti yang berminat untuk menjadi lokasi penganjuran Program Street Dakwah Bahagian Wakaf pada masa akan datang agar lebih ramai masyarakat dapat menikmati manfaat program ini.
#AmazingMAINJ#MAINJPrihatin


