Archive for the 'Aktiviti' Category

Lawatan kerja Rasmi ke Pusat Perlindungan Wanita (PPW)

JOHOR BAHRU: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor, YB Tuan Haji Tosrin Jarvanthi mengadakan lawatan kerja rasmi ke Pusat Perlindungan Wanita (PPW), yang beroperasi di Taman Perling di sini hari ini. Beliau diberi penerangan mengenai PPW oleh Penolong Pegawai Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Ustaz Mohd Rilizam Rosli. Rilizam berkata, pusat
Read more…

insaniah

Aktiviti :Program Khidmat Masyarakat (Insaniah) MAIJ

PONTIAN: 8 Oktober 2019, Banyak pihak melihat gotong-royong sebagai satu program membersihkan kawasan semata-mata, tetapi lebih daripada itu ia juga salah satu platform mewujudkan keharmonian masyarakat menerusi pendekatan bersama dalam apa juga aktiviti setempat. Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan kerjasama MAINJ daerah Pontian menganjurkan Program Insaniah Kemasyarakatan bertemakan “Harapan Asnaf Dengan Zakat” di Penerok di sini hari ini.
Read more…

Majlis Taklimat Prosedur Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2019

130 pelajar hadiri Majlis Taklimat Prosedur Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi 2019. Tempat : Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor Masa : 9.00 pagi – 11.30 pagi

Seminar Zakat Pertanian bersama Pengusaha Tanaman Padi dan Pertanian

16 Disember 2018 – Program seminar Zakat Pertanian bersama Pengusaha Tanaman Padi dan Pertanian telah diadakan di Dewan Homestay Anjung Sawah, Kampung Sawah Ring, Tangkak. Program Ini merupakan seminar kerjasama antara Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dengan Pertubuhan Peladang Kawasan Daerah Tangkak. Seminar tersebut telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Haji Mohd Azman bin Haji Mohsin, Ketua Penolong Pengarah Zakat,
Read more…

kmj2018

Kembara Mahkota Johor 2018

Mulai 2001, MAIJ terlibat secara langsung dengan Program Kembara Mahkota Johor  melalui penyampaian bantuan zakat kepada asnaf yang berkelayakan dan disempurnakan oleh D.Y.A.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Melalui program penyampaian bantuan ini, MAINJ juga dapat mendekati masyarakat dengan lebih dekat dan seterusnya memaparkan peranan MAIJ sebagai agensi bertanggungjawab terhadap agihan zakat. Kembara Mahkota Johor 2018 Edisi Ke-21 Sejauh 777
Read more…

Aktiviti: Program Bual Bicara ‘Barakah Kilauan Emas’

Aktiviti: Kejohanan Bola Sepak Piala Berkat 2018

7 Oktober 2018, Stadium Darul Aman, Kedah jadi saksi…untuk edisi pada kali Ini MAINJ telah dinobatkan sebagai Juara Kejohanan Bolasepak Piala Berkat 2018 – setelah menewaskan pasukan lawan iaitu PPZ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dipentas akhir dengan Jumlah jaringan 2 – 0 . Syabas diucapkan ! Info : Piala Berkat merupakan kejohanan bolasepak dwi tahunan yang disertai oleh Pusat Zakat
Read more…

Majlis Tadarus Dan Khatam Al Quran Peringkat Daerah Segamat.

23 September 2018 – Program Tadarus Dan Khatam Al Quran MAINJ Peringkat Daerah Segamat diadakan pada hari ini dengan melibatkan kehadiran 700 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan masyarakat Islam sekitar Segamat. Majlis dirasmikan oleh wakil rasmi Pegawai Daerah Segamat dan turut diserikan dengan kehadiran ketua-ketua jabatan dan anak-anak tahfiz serta 200 asnaf. Asnaf yang hadir juga turut menerima sumbangan
Read more…